Polis sahkan kematian seorang tahanan lelaki di lokap berpusat Indera Mahkota di Pahang pada Sabtu, tidak mempunyai sebarang kecederaan mahupun elemen jenayah.<br /><br />Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan pada Isnin.